Ke mana Anwar Ibrahim ?

Ke mana Anwar Ibrahim ?

Persoalannya adalah "ke mana Anwar Ibrahim", kata seorang penyokong gerakan reformasi yang tercetus ada tahun 1998. Ini bukan suatu yang asing lagi dalam perbualan antara mereka. Mereka nampak hilang arah dan mereka merasakan se olah - olah apa yang di bentuk selama ini - khususnya perjuangan yang mereka laksanakan telah terdampar jauh - hilang panduan dan arah.

Anwar dalam kenyataan beliau pada 13hb March 2005, di Century Club Paradise ( Taman Melawati) berkata 'adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk meredakan kemarahan yang tercetus sepanjang 1998 sehingga 2004'. Malam itu berbagai reaksi timbul mengenai apa yang di sampaikan oleh Anwar Ibrahim. "Kemarahan", kata salah seorang reformis yang pernah di tahan beberapa kali sepanjang terbitnya gerakan reformasi. "Kita berjuang memperbetulkan keadaan dan bukan kemarahan tidak bertempat" ujar beliau. "Kita menyuarakan apa yang benar - kalau nak marah pun bukan kita tetapi kerajaan yang marah kepada kita" kata beliau yang tidak mahu namanya di sebut.

Ke mana Anwar Ibrahim sekarang? Apakah setelah Anwar Ibrahim di bebaskan dan dengan pendekatan politik berlainan beliau tidak melahirkan rasa kesal mereka dengan apa yang mereka lakukan sepanjang Anwar Ibrahim dalam penjara - dengan pengorbanan mereka yang merangkumi harta benda, keluarga dan masa depan mereka?

Apakah mereka tidak merasa rugi membazirkan 6 - 7 tahun kehidupan mereka dengan perjuangan reformasi - demonstrasi serta tuntutan lantang yang akhirnya di kenal pasti bukan cara untuk memperbetulkan keadaan?

Moderator ruangan ini adalah Ghazali Mat Dom, antara orang yang agak arif dalam meneliti perjuangan reformasi. Ghazali juga dalam kenyataan beliau pernah menyebut bahawa arus perubahan dalam pergerakan Anwar Ibrahim sewaktu sebelum beliau di tahan - semasa beliau di tahan dan selepas beliau di bebaskan adalah berbeza. Bagi beliau pembawaan Anwar Ibrahim - yang kini menolak demonstrasi adalah suatu kesedaran dan kesedaran ini harus juga di tanamkan oleh beliau kepada semua pejuang reformasi. Beliau seharusnya kini berterus terang dengan mengatakan bahawa ini adalah perjuangan politik tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Ghazali antaralah mereka yang pernah menerima beberapa pucuk surat dari Anwar Ibrahim sewaktu Bekas Perdana Menteri itu di penjara bagi kami di www.umno-reform.com mampu menilai pandangan - pandangan yang berbeza mengenai arah tuju Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.

Ke mana sebenarnya Anwar Ibrahim?

Return to Main Page

Comments

Comment Kenapalah kita orang melayu asyik mengata srsama kita. Bila lagi kita boleh duduk dan fikirkan tentang masalah orang melayu dan orang melayu yang hampir lupa bahawa kita satu agama satu bangsa dan kita bangga kerana segelintir orang melayu dah berjaya. apa tidaknya kerana ada kuasa mudah dapat tender dan kemudian gelar jutawan. tengok bangsa asing mereka mula dari bawah hingga mereka berjaya menawan ekonomi tapi orang melayu cuma dapat bangga dengan sejarah perjuangan kemerdekaan, hulur keris pamir pada orang yang kita masih jadi tuan tapi hakikatnya itu cuma lakonan wang kulit. tengok apa dah jdi dengan anak muda melayu sekarang kita bimbang satu hari mereka akan jual keris srbagai besi buruk kerana cuma itu saja yang tinggal. kerana orang melayu asyik sibuk mencari kesalahan bukan mencari penyelesain pada masalah mereka.Apakah kerana fahaman polit melaqyu sanggup melihat bangsa sendiri menderita. kata mrngata tak sudah sudah. Cerdik kita cuma kerana ada pelajaran ada sijil ada ijazah ada master ada PHD tapi kedudukan ini tidak dapat membantu orang melayu yag miskin yang celaru yang cuma dilawati semasa pilihan rayu saja, tunjuk ramah, pijak selut, pijak bicak turun berduyun-duyun mengalah anai-anai. Lepas tu kampung sunyi, Orang melayu kampung terus hidup seperti lama cuma dapat jual kertas kesan pilihan raya di kedai kedai kitar semula dengan harapan boleh beli ikan tamban masin untuk sarapan malam.

Mon Sep 18, 2006 2:40 am MST by merdeka

Comment walau apa pun yang diperkatakan kebenaran sebenarnya kabur.. sebagai manusia, segala keputusan/tindakan yg diambil.. segalanya bedasarkan pengalaman dan berita yang didengar atau dibaca. betapa kerdilnya manusia... bila berkata2 seakan mereka mengetahui segalanya.. padahal mereka buta. mengetahui berita dari sumber2 yg mereka ingin percaya.. jangan cepat membuat tomahan dan kenyataan.. hentam sana sini.. jangan cepat membuat sesuatu keputusan.. cabutlah perasaan benci dihati.. banyakkan beribadat dan berdoa.. dan bertenang. mereka yg tenang dan berhati bersih dan dekat dengan tuhannya.. pasti akan berada di jalan yg lurus.. kerana janjinya tidak akan dimungkir! jika hati penuh benci.. apa yg sebenarnya kita cari? kebenaran? keadilan? perpecahan? baik lu isap ganja .. paling kurang kurangkan agresif .. pegi tido! relax.. ps: macam mana nak kasi orang melayu bersatu? ganja? relax... jangan gaduh.. senyum .. rapat dan bersatu? .. hehe itu impian seorang rakann ku yg terlena dan lost along the way! kuatkan ibadat.. berpegang pada alquran dan sunnah rsaw dan selainnya akan kembali pulih.. ask ur mom.. if u dnt belive me.. i know u think ur smart enough.. although in the year 3000 that is the only way.. stop running from it.. face it! mana sejadah lu? tau kiblat lu? good ,and u know what 2 do next rite..

Tue Aug 22, 2006 1:59 pm MST by delete

Comment Malaysia telah ditakluki bukan AMERIKA~!!! tetapi indonesia lah bodoh!! USA mahu malaysia buat apa?? petrol kah?? kalau mahu petro mereka pilih saudi arab la.. malaysia ni sikit minyak... buat ape?? kenapa saya kata indon?? kerana penduduk indonesia ramai sudah la di malaysia.. BODOH negara mahu org bodoh la.. mereka pandai apa?? bunuh rakyat saja la pandai!!! itulah tulahan dari allah menghukum mereka semasa tsunami datang!!!! KENAPA kamu ni tak pernah fikir tuhan menghukum mereka dengan mengadakan tsunami ini??? mereka bunuh kepala orang, roggol bangsa cina dan apa lagi sendiri tahu lah... sekarang malaysia aman dan damai!!! tak puas hati ke??? ada kereta ada keretapi dan apalagi sekarang datuk datuk K kahwin dgn perempuan cantik lagi... susah la macam ini... kita manusia hidup paling paling 60 atau 70 tahun.. bising apa?? belajar seperti new zealand la.. bersatu hati banggun kan WANG ringgit lah.. supaya rakyat hidup mewah seperti negara BARAT!!! talk so much done ntg.. so lame..

Mon Aug 14, 2006 2:21 am MST by professional

Comment assalamualaikum wahai saudara ku muslimin dan muslimat ..... janganlah terpedaya dengan anuar ibrahim yang pentingkan diri sendiri . anuar ni penipu dan munafik besar .......... jual agama dan bangsa ... anuar dia bangsat amerika sejak sekian lama ....... dia C.I.A agent ....... dia dan khairi C.I.A agent ........ bangsat penjual agama dan bangsa ....... bakal jadi proxy amerika . amerika menjanjikan anuar untuk jadi perdana menteri seperti Hamid Karzai ( afganistan ) jika amerika berjaya menakluk malaysia nanti ........... wahai saudara-saudara ku muslimin dan muslimat jangan terpedaya dengan anuar ibrahim dan khairi jamaludin ....... makhluk penipu besar yang tak ada hati perut dan mementingkan diri sendiri....... roslan

Fri Aug 11, 2006 1:28 am MST by roslan bin abdul rahman

Comment assalamualikumm...aper kes laa yg korang nak gaduh2..pasal anwar/mahathir...yg penting sebagai rakyat maaysia kita idup aman x mcm org iraq..ari2 ade jerk bom meletop...sepatutnye ucapkan kan syulue kpd TUHAN..dia yg tau sape salah..mahathir ker anwar x payh nak gaduh2 suma dah berlalu.....x de sesape boleh tukar balik la...

Wed May 3, 2006 7:43 am MST by iacuk1523

Comment assalamualikumm...aper kes laa yg korang nak gaduh2..pasal anwar/mahathir...yg penting sebagai rakyat maaysia kita idup aman x mcm org iraq..ari2 ade jerk bom meletop...sepatutnye ucapkan kan syulue kpd TUHAN..dia yg tau sape salah..mahathir ker anwar x payh nak gaduh2 suma dah berlalu.....x de sesape boleh tukar balik la...

Wed May 3, 2006 7:38 am MST by iacuk1523

Comment kau ni bodoh la jazz!!!! dah tentulah Anwar tu masih tak boleh buat perhimpunan ka... demonstrasi ka.... sebab dia tak leh berkecimpung selama 5,6 tahun lepas keluar dari penjara sebab ni mengikut undang2. sebab tu dia pi oversea,bagi lecture kat sana.konon sokong anwar lah tu.piirah cam aku tak tahu yg ko ni barua UMNO. harap tulis panjang berjela tapi isi tadak. B.A.H.A.L.O.L!!!!!

Fri Apr 21, 2006 10:22 am MST by tak yah angkat tahu

Comment ntahla....x tau la nk kata pa..sbb saya x tau cita sbnr...sapa slh..sapa btoi...x yahla kita nk balah antara kita sndr..Tuhan tau everything....biaq Tuhan ja yg tentukan...kita hanya bley tgu dan lihat ja....that's all..

Tue Mar 21, 2006 5:08 pm MST by hamba Allah

Comment apa yang boleh saya sampai bahawa sudah tiba masanya UMNO mengakui kesilapannnya berhubung tindakan memecat dato seri anwar ibrahim berhubung kes fitnah yang menimpa keatas dato seri anwar dan seisi keluarga.lebih jelas lagi makamah telah membuktikan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah berhubung dengan dakwanan liwat keatas beliau.mengapakah pihak umno masih ingin mempertahankan tindakan bekas perdana menteri memecat dato seri anwar ibrahim?pakah mereka ingin bersekonkol mempercayai FITnah yang telah di lemparkan keatas dato seri anwar? sebaliknya mengubah isuyang tidak berkaitan langsung seperti menuduh dato seri anwar sebagai punca perpecahan bangsa melayu ni negara ini.apakah perkara itu benar?siapakah yang menjadi punca sebenar berlakunya konflik ini?wahai UMNo kembalikah pada perjuangan asalMU..perjuangan tidak akan selesai selagi ada sifat tamak dan iri hati terhadap sesama melayu dalam parti umno itu..!Jangan terlalu mempertahankan perinsip parti hingga mengenepikan perinsip AGAMA..!manakah perkara asas dalam kehidupan AGAMA taupun PArti?wassalam...

Fri Feb 10, 2006 2:25 am MST by anak melayu BUGIS

Comment babi

Sun Jan 15, 2006 1:21 pm MST by Anonymous

Comment apehal suma orang guna ayat semangat ler.............tah hape2 ntah macam budak2.guna prktaan wahai ler mcm2.hai manusia pelik betui.mudah terpengaruh.dok umah senyap2 kan bagus takyah buat bising2hidup D.A.p YA-HAAAAAAAAAAAAA................

Sun Dec 11, 2005 6:44 am MST by slash

Comment ntah ape2 ntah suma orang nak gaduh pasal anuar la...mahathir la...apekate semua orang perjuangkan pemahaman masing2 dan berebut jadi pm kan bagus ya-haaaaaaa..............

Sun Dec 11, 2005 6:32 am MST by alibaba

Comment Kalau takda angin, pokok tak goyang. Kalau tak bersalah, tentu tak diam! Maruah beb! Anwar..Anwar!!

Mon Jun 13, 2005 6:41 pm MST by mitch

Comment WAHAI KAWAN-KAWAN SEMUA....KAMU SEMUA MESTI FAHAM HAKIKAT INI....SETIAP PEJUANG POLITIK YANG PERNAH DITAHAN ISA SEJAK DARI DULU LAGI ( SEKITAR TAHUN 60AN ) JIKA BEBAS...PERSONALITI MEREKA AKAN BERUBAH ....TIDAK SEPERTI DULU SEBELUM DI TAHAN PENJARA. ARWAH AYAH SAYA IALAH SEORANG PEJUANG NASIONALIS TAHUN 60AN. BELIAU JUGA PERNAH DITAHAN ISA SELAMA 3 TAHUN ( TAHUN 1963). BELIAU DITEMPATKAN DIPUSAT TAHANAN POLITIK MUAR , JOHOR. SEMENTARA RAMAI KAWAN-KAWAN PEJUANG NASIONALIS BELIAU SEPERTI ALLAHYARHAM BURHANUDDIN AL-HELMI / AHMAD BOESTAMAN DLL DITEMPATKAN DI TAIPING , KEMUNTING DLL. APA YANG HENDAK SAYA SEBUTKAN DISINI IALAH SEBAGAI SEORANG DARI 10 ORANG ANAK-ANAK ARWAH, SAYA NAMPAK JELAS PERUBAHAN PADA ARWAH AYAH SELEPAS KELUAR DARI KEM TAHANAN ISA. WALAUPUN SEMANGAT PERJUANGAN MENENTANG REGIM KORUP TENGKU ABD RAHMAN ( pada masa itu) DAN KERAJAAN UMNO/PERIKATAN MASA HIDUP, TAPI NAMPAK API KEMARAHAN DAH TAK SERUPA DULU. MUNGKIN DAH DIMAKAN USIA...TAPI KENYATAAN NYA IALAH......SEMUA YANG PERNAH KERJA TAHAN ISA...TERMASUK SDR EZAM / SDR SAARI SUNGIP DAN KUMPLAN REFORMASI 9 YANG POPULAR SEDIKIT MASA DULU DAN JUGA SDR ANWAR IBRAHIM........ AKAN BERUBAH. CUMA BEZANYA SDR ANWAR IBRAHIM IALAH SEORANG PAKAR STRATEGI POLITIK YANG "UNPREDICTABLE" atau SUKAR DIFAHAMI DAN BELIAU PUNYA RAMAI PENYOKONG DAN JARINGAN ANTRABANGSA YANG BOLEH DIKAGUMI....KUALITI-KUALITI TERSEBUT TIDAK DIMILIKI OLEH KEBANYAKAN PEJUANG-PEJUANG NASIONALIS/AGAMA LAIN YANG PERNAH DITAHAN ISA SEJAK ERA 60AN. PERCAYALAH, SDR ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN PARA REFORMIS TANAHAIR. PENDEKATAN YANG BELIAU AMBIL SEKARANG...MENTENTERAMKAN KEMARAHAN AMAT TEPAT UNTUK KESINAMBUNAGAN PERJUANGAN REFORMASI FASA KE3. BELAIU TAK AKAN MELUPAKAN SEGALA PENGORBANAN PENYOKONG-PENYOKONG BELIAU YANG MENJADI MANGSA KEZALIMAN PIHAK POLIS/KERAJAAN UMNO. HAVE FAITH IN HIM....JIKA ADA SEORANG LAGI PEJUANG AGAMA SILAM SEPERTI SALAHUDDIN AL-AYUBBI .... SDR ANWAR LAH YANG LAYAK ! ALLAHU AKBAR.

Wed Apr 27, 2005 1:41 am MST by MEMBER RE4MA-C

Comment POLITIK ANWAR AKAN BERAKHIR JIKA ANWAR BERSENGKONGKOL DENGAN PASSSS

Sat Apr 23, 2005 12:39 pm MST by sofian hilmi

Comment Sejarah sentiasa berulang kembali samada kebaikan atau keburokan. Anwar pasti masok umno.Itu lah kenyataan dan itulah sejarah. Masa akan memastikan ia berlaku

Sun Apr 17, 2005 3:20 am MST by mat labu

Comment Dapat saya katakan ,DSAI amat popular dari Dato' Seri abdullah.saya cadangkan supaya pihak RTM menganjurkan debat perdana istimewa.ahli panelnya terdiri daripada-DATO' SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI,DATO' SERI ANWAR IBRAHIM,TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG,ASTORA JABAT,SDR.SALAHUDIEN AYUB,DATO' HISHAMUDDIN TUN HUSSIEN DAN KETUA WANITA dari Parti masing-masing.masa yg di cadangkan ialah selama 2 jam.ingatlah,bangsa kita kian berpecah belah.....

Sat Apr 16, 2005 11:06 pm MST by tuan mushthafa

Comment saya adalah orang kuat UMNO.tapi saya amat menyokong mantan timbalan presiden kita,Dato' Seri Anwar Ibrahim.saya rasa DSAI tidak akan menyertai parti kebangsaan ini semula.

Sat Apr 16, 2005 10:54 pm MST by tuan mushthafa

Comment Dudueks ini cite apa huh. Tak faham langsung mengenai senario semasa. Tolong bagi penjelasan apa sebenarnya yang ko nak cakap ni. Isu nya jelas - bukan perpecahan tetapi diskusi Anwar Ibrahim yang kini tidak nampak kepada pejuang - pejuang reformasi yang kena tipu bulat - bulat oleh beliau. Itu Aje.

Sat Apr 16, 2005 9:28 pm MST by pening

Comment kenapa perlu dihangatkan kembali perpecahan?adakah dengan tiadanya lagi perpecahan umno akan lupus?sudah tiada yg akan diperkatakan?tidak cukupkah simpati yg rakyat berikan pada umno?adakah umno rindukan gelora ditanah melayu?adakah kita perlu terus bermasam muka dengan jiran-jiran kita?jangan hancurkan umno jangan lumatkan perasaan mereka yg hanya tahu menyokong......

Sat Apr 16, 2005 2:31 am MST by dudeks_mambera

Comment Anwar memanglah tak perfect, tak sempurna, tapi mana ada manusia yg sempurna di dunia yg masih hidup sekarang. aku tak sokong pun si Anwar tu, tapi bila aku tengok pemimpin UMNO yg ada sekarang, aku makin rasa kecewa. Tahun lepas aku sokong Pak Lah sebab dia kata dia nak buat perubahan, nak bersihkan kerajaan dan UMNO dari perasuah. Dah lebih setahun ni, asyik cakap je, buatnya tidak. Kes Erik Chia dan Kasitah tu, silap-silap haribulan pun tak ke mana, mungkin kena buang je. Kalau tengok lawyer depa, Datuk Shafee tu, dia pun lawyer Pak Lah. Tak tahulah, rakyat macam kita ni asyik kena kabur mata dan dikelentong pemimpin. Kalau nak harap yng lain dalam UMNO tak nampak sesiapa pun yang benar-benar jujur untuk bekerja utk rakyat,Najib?, Hishammudin Aww?, semunya nak lepaskan tembolok sendiri, semuanya tak boleh diharap. Jadi aku harap Anwar dengan pengalaman perit dan segala apa yang telah dilaluinya akan kembali selepas di luar negara ni untuk memberi cabaran dan harapan baru untuk kita semua.

Thu Apr 14, 2005 11:03 pm MST by umno shah alam

Comment Anwar keluar negara pasal dalam negara dia tidak dibenarkan aktif dalam politik..silap haribulan boleh masuk dalam woo.Aku pun penyokong reformasi juga sejak1998,tapi betul lepas Anwar keluar ni nampak tak bermaya PKR,pemimpin pempin pun dok ikut celah ketiak Anwar..tumpang lalu..Mana pergi Gopalakisnan,sheikh Azmi?

Thu Apr 14, 2005 5:50 am MST by del tambi

Comment anwar ezam azmin ishhh dulu aku percaya kini mintak maaf laa bodoh aku di buatnya

Wed Apr 13, 2005 1:55 pm MST by blinkster

Comment anwar pasti ke umno tak mungkin tidak hubungan khairi jamaludin dan ezam yang semakin akrab dan beberapa perubahan yang berlaku cukup di jadikan panduan bagi mereka yang tahu membaca politik.antara yang menarik yang perlu di renungkan bersama saya senaraikan di bawah 1.Pembebasan anwar ibrahim telah di ketahui 2 minggu lebih awal siap dengan keputusan 2-1 pun orang dah tahu 2.Kehadiran khairi jamaludin di rumah anwar kononnya atas urusan pasport..buduh betui paklah bab urusan pasport tu kerja pengarah imegresen laa bukan kerja menantu hang pak lah hang just call je la pengarah imegresen settle laa problem tak payah laa sampai hantar menantu hang(kononya) 3.kisah anwar kena kena ke oversea selepas di bebaskan juga ramai yang dah tahu sebelum dia bebas katanya sebagai antara syarat perundingan pembebasan anwar 4.pertemuan khairi ezam yang semakin kerap dulu depa selalu jumpa di bangsar ..banyak saksi yang nampak 5.sikap khairi yang gila kuasa adalah untuk memudahkan kemasukan anwar ke dalam umno. 6.cuba perati betui-betui cara politik ezam dan khairi hampir sama dan banyak lagiii laaa

Wed Apr 13, 2005 1:52 pm MST by teruna udaman

Comment Aku bukan macam boboi. Aku kisah kerana aku mahu apa yang di perjuangkan menjadi kenyataan. Aku tidak mahu yang di perjuangkan akhir terburai dan yang di naikkan adalah lebih teruk dari yang ada.

Wed Apr 13, 2005 11:30 am MST by aku kisah

Comment Aku tak kisah....yang penting masing tahu tanggungjawab masing2...yang bawah buat keja masing2..yang atas buat keje masing2....Aku Yakin Anwar Ibrahim akan naik kembali menyinari Malaysia..Dia ada Perancangan terperinci....Aku adalah OKT...24 Oktober 1998..Kg Baru...Masuk Lokap 5 hari..makan ikan masin....ada dadah....rokok 10 RM sebatnag..an soo on..... Tapi tak per...Pengalaman Tu Sangat Berguna....Ingatan semua....Buatlah yang terbaik untuk agama dan bangsa..hjangan suka mencari eklemahan orang lain...Insyaalah satu hari nanti...sinaran tu akan menerangi Malaysia..amin... berjuang bukan Kerana Harta, pangkat dan Pujian..Tapi demi Keihlasan Sejadi..... Boy-24OKT 1998..

Tue Apr 12, 2005 7:38 pm MST by Boboy_24OKT1998_OKT

Comment Dalam perjuangan kita mestilah mempunyai strategi dan kita mesti arif dalam mentafsir strategi. Ada perkara yang perlu diperdebatkan secara tertutup dan ada perkara yang boleh dilontarkan kepada umum. Janganlah kita berburuk sangka dengan perjuangan DSAI. Penulis yakin sebagai seorang pemimpin yang berpegang kepada landasan Islam dan pernah melalui keperitan yang getir dalam kehidupannya, beliau pasti mempunyai satu wawasan dalam perjuangannya. PKRlah yang seharusnya berjuang dan mempersiapkan diri mengatur strategi. Ambil berat tentang keluarga tahanan ISA yang masih belum dibebaskan,dan jenguk-jenguklah tahanan reformasi yang kes mahkamah mereka belum selesai. Pemimpin PKR tidak perlulah asyik berulang-alik mengikut DSAI ke luar negara (Lainlah Datin Wan Azizah, memang tanggungjawabnya sebagai isteri). Selesaikan dahulu agenda dalam negara. Azmin tidak perlu untuk bersama-sama DSAI sepanjang masa, begitu Ezam - cukuplah setakat perjalanan ke Munich dahulu. Berikanlah urusan peribadi DSAI itu kepada kumpulan yang lain tetapi teruskan perjuangan PKR dalam negara. Memang cuak melihat pemimpin PKR yang bagaikan membentuk kroni pula mengipas DSAI. Biarlah DSAI melantik Setiausaha peribadinya sendiri. Panglima PKR seperti Azmin yang sejak dulu lagi telah banyak orang kenali sikap peribadinya menjadi penjaga pintu utk ke bilik DSAI. Cukup-cukuplah sebelum orang mula menyampah. Golongan profesional muda dalam PKR pun sama juga, dulu bukan main semangat lagi kerana ingin bersama-sama DSAI tetapi merasa kecewa kerana tiada ganjaran. Banyak perkara yang perlu diperhatikan oleh pimpinan PKR hari ini. Kelesuan PKR nampak sangat macam tiada seri kalau DSAI tidak ada, bertambah huduh pula pabila DSAI dibebaskan. Landasan perjuangan PKR tidak seharusnya berdasarkan individu tetapi rakyat menyokong PKR kerana harapan yang tinggi untuk melihat perubahan. Sekitar retorik politik, cukuplah - semua orang sudah kenal Ezam yang menjadi klon DSAI tetapi hasilnya di mana? Banyak lagi tukang-tukang kipas di keliling DSAI sekarang. Penulis yakin DSAI mempunyai agendanya sendiri dalam perjuangan tetapi PKR mestilah bergerak dari sekarang. Go to the grass roots. Hentikan retorik politik yang tidak membawa apa-apa kesan pun selain daripada ditahan dan diserbu oleh pihak polis. Penulis pun kadangkala merasakan pihak polis pun tidak bijak mengatur strategi - apalah sangat perhimpunan yang sekadar menjerit puisi-puisi reformasi - menghabiskan air liur sahaja. Balik daripada majlis, abuk pun tarak. Biarkanlah mereka menjerit-jerit melepaskan perasaan. Kalau dibuat kajian retorik, nampaknya pemimpin PKR akan berada di atas dalam kajian tersebut tetapi dilihat dari segi action oriented DAP dan PAS akan ke hadapan. Letih rasanya melihat karenah ahli politik PKR - menghasilkan klon DSAI semata-mata- - bagai melukut di tepi gantang. Kini bukan zaman untuk bertikam lidah lagi, penulis juga tidak mahu ekonomi negara merudum disebabkan demonstrasi - perit rasanya kehidupan ini sejak 1998. Punca rezki rasanya bagaikan tertutup. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana kumpulan reformis mencari rezki untuk isteri dan anak-anak. Bukan sedikit yang menanggung keperitan zaman-zaman gerhana tersebut dan kini belum lagi sembuh sepenuhnya - syarikat ditutup, jawatan tinggi ditinggalkan, kehidupan diintip SB, harta benda dilupuskan, diri dibangkrapkan - akhirnya kes DSAI didapati tidak bersalah. Pimpinan PKR masih lagi mempunyai keupayaan memenuhi keperluan hodup tetapi bagaimana dengan reformis yang masih lagi berada dalam lingkaran tindakan mahkamah? Apakah PKR menubuhkan biro khas untuk menjejaki kes-kes yang belum selesai dan memberikan bantuan seada mungkin untuk membantu reformis ini. Ini pun hendak diserahkan kepada DSAI dan kita marahkan DSAI? PKR yang mewadahi perjuangan inilah yang seharusnya mengatur langkah dan sekarang ini sebelum penyokong silent majority ini melangkah pagar......

Mon Apr 11, 2005 7:29 pm MST by Silent Majority

Comment Anwar Ibrahim PASTI dan saya kata PASTI akan menyertai UMNO. Percayalaaaaaaahhhh. Refomis tertipu sebagaimana tipah tertipu...

Mon Apr 11, 2005 6:22 am MST by jimmy

Comment memang anwar dah jauh dari penyokong dan pendokongnya. tiada katakan lawan tetap lawan sejak klauar dari sg buluh. tak apalah mungkin dah lama rehat agaknya. tapi kasihan pada rakan-rakan yang dalam PKR yang nampak sangat dipergunakan. kak zizah hanya lambang anwar dlam PKR. apa nak jadi dengan pejuang-pejuang tulin seprti dr. syed husin dan rakan-rakan dari parti rakyat.

Sun Apr 10, 2005 1:22 am MST by ajok

Comment Saya adalah antara mereka yang hadir dalam gerakan reformasi yang di cetuskan oleh anwar ibrahim. Saya tidak meninggalkan apa yagn saya perjuangkan sebelum ini tetapi memang saya akui gerakan reformasi kini amat jauh dengan Anwar ibrahim. Mungkin jug adalah satu kesalahan kami iaitu terlampau extream dalam memperjuangkan reformasi laungan Anwar Ibrahim. Mungkin ini semua adalah mainan politik tetapi fitnah dan cara pengendalian kes Anwar Ibrahim adalah tidak masuk akal dari kerana itu saya bangkit. Sungguhpun ada kekesalan saya dengan menghancurkan sebahagian hidup saya dalam perjuangan ini namun harapan saya tetap, keadilan untuk semua biar Anwar atau pun apa yang di usahakan oleh laman ini iaitu perrubahan atau reformasi dalam UMNO.

Sat Apr 9, 2005 7:15 pm MST by ijuk

Comment SAYA ADALAH PENDOKONG KUAT PARTI KEADILAN RAKYAT.BAGI SAYA,TIDAK MENJADI SATU KESALAHAN BESAR BAGI ANWAR UNTUK BERBAIK2 DENGAN UMNO KERANA UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT BELIAU HARUS ADA CONNECTION DENGAN SEMUA LAPISAN RAKYAT MAHUPUN PIHAK BAIK DARI PEMBANGKANG,NGO DAN PEMERINTAH.KEPADA PEJUANG2 REFORMASI JANGANLAH CEPAT BERKECIL HATI,MARAH ATAU KECEWA DENGAN PERJUANGAN INI.BULATKAN TEKAD.TERUS KITA BERSATU HATI MEMPERKUKUHKAH BARISAN KITA MENGHADAPI PILIHANRAYA AKAN DATANG.ANWAR IBRAHIM ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT.BERILAH PELUANG KEPADA BELIAU MENGATUR STRATEGI..JANGAN BERBURUK SANGKA DENGAN PENDEKATAN BELIAU SEKARANG INI.BELIAU MEMANG IKHLAS DENGAN PERJUANGAN RAKYAT MENUNTUT KE ARAH MALAYSIA BARU.PERKASAKAN PARTI KEADILAN RAKYAT...SEMOGA PERJUANGAN KITA DIRESTUI ALLAH DAN MENDAPAT MANDAT BESAR RAKYAT DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.JANGAN BERBURUK SANGKA SESAMA KITA.TERUSKAN BERJUANG.INGATLAH PERJUANGAN MEMERLUKAN PENGORBANAN.SALAM REFORMASI.......MANA ADA PEMIMPIN DI MALAYSIA YANG DIZALIMI SEHEBAT SAUDARA ANWAR.JANGAN RAGUI PERJUANGANNYA!

Fri Apr 8, 2005 6:31 am MST by amir

Comment Anwar Ibrahim sudah jauhhhhhhhhhh, biarkan lah , bagi mereka yang tertipu dengan beliau padan muka. Anwaar itu politikus yang bagus. Semuanya di politikkan, sehingga agama menjadi tools politik mereka. Pandai sikit cakap arab aksyen, tapi hari ini setelah korang berhempas pulas , dia dok enjoy jadi lpensyarah kat amerika plak tu.

Thu Apr 7, 2005 6:24 pm MST by jauh

Comment memang malang, Anwar Ibrahim bertambah jauh dan perjuangan bertambah rapat dengan UMNO. Bukan boleh di nafikan tetapi ramai antara yang telah menyumbang kepada reformasi kembali kepada umno setelah Anwa Ibrahim di bebaskan. Saya mampu beri nama - nama antara mereka yang senyap setelah Anwar Ibrahim keluar dan di bebaskan, kenapa dan mengapa tidak di tanya mereka? Mereka ada antaranya begitu aktif sampai ke saat Anwar Ibrahim di bebaskan dan setelah beberapa bulan anwar Ibrahim di bebaskan. Namun nasihat saya teruskan perjuangan biar tanpa Anwar Ibrahim. Apa yang nampak ialah kita ini kecil sahaja di bandingkan dengan orang yang keliling Anwar sekarang, mereka berjuang dengan hebat, begitu pandai sehingga tidak sekali pun tertangkap, di pukul dan di seksa. Kita adalah pejuang kecil umpama buku Raja Petra bidak di papan catur. Itu lah kita. Kita sepatutnya tidak ambil tahu arah Anwar dan kekawan mereka kerana mereka intelektual dan mampu membuat formulasi untuk menjayakan politik PRK - podah cikkkk

Thu Apr 7, 2005 2:23 am MST by Sayang selasih

Comment Arah Anwar sudah nampak berbeza. Kalau tidak berbeza pun hanya segelintir sahaja yang tahu , yang lain seperti kami tersisih bukan sahaja dengan apa yang mahu di lakukan oleh beliau malah arah tujuan yang selama ini di pejuangkan. Hari ini hanya nampak Anwar di kepit oleh orang - orang kanan beliau dan orang - orang yang selama ini tidak pernah luka walau sedikitpun dalam perjuangan reformasi. Saya kesal untuk menulis dalam umno ini tetapi mereka yang membuka lebaran untuk kita luahkan ,lagi pun aku pernah baca tulisan - tulisan ghazali ini dalam harakah dan malaysiakini. Nampak dia okay sungguhpun terpalit dengan taik umno. Berbalik dengan Anwar Ibrahim ini, beliau patut sedar, buka balik lembaran perjuangan dan tanya sesatu kemana pergi mereka yang benar - benar aggresif berjuang, kena tangkap, rajin buat laporan polis dan hadir untuk menyatakan bantahan, mereka yang dalam diam berjuang di sebalik tabir dan melakukan apa sahaja sehingga tergaai kemewahan hidup demi mahukan Malaysia yang lebih adil. Anwar Ibrahim hanya kini berharap kepada segelintir politikus untuk menentukan apa program dan siapa harus di panggil. Anwar Ibrahim tidak sepatutnya lupa pada mereka yang tidak bernama tetapi hadir dalam berjuangan. Kenapa tidak Anwar Ibrahim sendiri bertanyakan kepada Tien Chua, 30 nama mereka yang rapat dengan perjuangan, Ezam 30 nama mereka yang rapat dalam perjuangan dan kemudiannya bertanyakan kepada mereka dari kalangan reformis nama - nama mereka yang selalu hadir tidak kira siang malam untuk perjuangan dari bertanyakan kepada beberapa kerat orang yang sememang mempunyai budaya cantas mencatas dari dahulu. Tanya sebenarnya siapa yang pernah kena tangkap dan datang jumpa mereka dan hanya mereka. Program yang dekat taman melawati itu BUKAN program untuk menghargai setidak - tidak mereka yang di tangkap tetapi sebenarnya program syok ala sendiri. Saya kesian meliaht mereka yang kini merempat dah la tu tidak tahu sama ada mereka di hargai atau tidak oleh Anwar Ibrahim. Arah Anwar nampak berbeza, nampak tidak menentu dan nampak tidak lagi dekat dengan laungan reformasi. Sekiranya ini yang kami terima setelah 6 hingga tujuh tahun berjuang , apa kan daya. Kami ikhlas melakukan nya tetapi perlu di ingat saya juga hanya manusia biasa, di tegur menyapa, di herdik terkejut rasa di marahi kecewa dan di pinggirkan merana dan putus asa. moga ALLAH bersama kita dan moga ALLAH mencurahi rahmat kepada keluarga pejuang kita yang meninggal dalam perjuangan. Mungkin Anwar terlampau sibuk untuk melawat keluarga mereka.

Thu Apr 7, 2005 2:14 am MST by jazzz

Comment Arah Anwar sudah nampak berbeza. Kalau tidak berbeza pun hanya segelintir sahaja yang tahu , yang lain seperti kami tersisih bukan sahaja dengan apa yang mahu di lakukan oleh beliau malah arah tujuan yang selama ini di pejuangkan. Hari ini hanya nampak Anwar di kepit oleh orang - orang kanan beliau dan orang - orang yang selama ini tidak pernah luka walau sedikitpun dalam perjuangan reformasi. Saya kesal untuk menulis dalam umno ini tetapi mereka yang membuka lebaran untuk kita luahkan ,lagi pun aku pernah baca tulisan - tulisan ghazali ini dalam harakah dan malaysiakini. Nampak dia okay sungguhpun terpalit dengan taik umno. Berbalik dengan Anwar Ibrahim ini, beliau patut sedar, buka balik lembaran perjuangan dan tanya sesatu kemana pergi mereka yang benar - benar aggresif berjuang, kena tangkap, rajin buat laporan polis dan hadir untuk menyatakan bantahan, mereka yang dalam diam berjuang di sebalik tabir dan melakukan apa sahaja sehingga tergaai kemewahan hidup demi mahukan Malaysia yang lebih adil. Anwar Ibrahim hanya kini berharap kepada segelintir politikus untuk menentukan apa program dan siapa harus di panggil. Anwar Ibrahim tidak sepatutnya lupa pada mereka yang tidak bernama tetapi hadir dalam berjuangan. Kenapa tidak Anwar Ibrahim sendiri bertanyakan kepada Tien Chua, 30 nama mereka yang rapat dengan perjuangan, Ezam 30 nama mereka yang rapat dalam perjuangan dan kemudiannya bertanyakan kepada mereka dari kalangan reformis nama - nama mereka yang selalu hadir tidak kira siang malam untuk perjuangan dari bertanyakan kepada beberapa kerat orang yang sememang mempunyai budaya cantas mencatas dari dahulu. Tanya sebenarnya siapa yang pernah kena tangkap dan datang jumpa mereka dan hanya mereka. Program yang dekat taman melawati itu BUKAN program untuk menghargai setidak - tidak mereka yang di tangkap tetapi sebenarnya program syok ala sendiri. Saya kesian meliaht mereka yang kini merempat dah la tu tidak tahu sama ada mereka di hargai atau tidak oleh Anwar Ibrahim. Arah Anwar nampak berbeza, nampak tidak menentu dan nampak tidak lagi dekat dengan laungan reformasi. Sekiranya ini yang kami terima setelah 6 hingga tujuh tahun berjuang , apa kan daya. Kami ikhlas melakukan nya tetapi perlu di ingat saya juga hanya manusia biasa, di tegur menyapa, di herdik terkejut rasa di marahi kecewa dan di pinggirkan merana dan putus asa. moga ALLAH bersama kita dan moga ALLAH mencurahi rahmat kepada keluarga pejuang kita yang meninggal dalam perjuangan. Mungkin Anwar terlampau sibuk untuk melawat keluarga mereka.

Thu Apr 7, 2005 2:11 am MST by jazzz

Comment Hello, watsupp? Yo Anwar Ibrahim, Yo ghazali, hawau u brader? im alwiz fine, tq. Cuma semalam aja cirit sikit pasal byk makan cili api+kuah kari+sambal belacan+tempoyak+sambal sotong+ikan masin+masak lomak cili api. Okeh cirita pasal antara anwar dan aku, aku adalah aku. anwar adalah anwar. Aku suka anwar, Anwar tu x tau la dia suka aku ke idak. Lantak pi lah. Tapi yg pasti aku terpikat dgn perjuangan Anwar sejak beliau di singkir dari persada seni (politik). Dulu hangpa nak tau ka, 1998 aku dengar berita anwar dipecat. Sblm tu aku bukan amik tau sangat pun sapa Anwar nih. Masa tu aku dok kat kg pandan. Umah depan masjid kg Pandan. bila pi jumaat kat Masjid tu, ada la kutu mana ntah bagi aku satu pamplet kecik mengatakan satu perhimpunan besar-besaran akan di adakan di masjid negara.... Aku pung pi laaa.... umangg aiii.. beratuss ribu orang mai. hebat anwar masa tu. Pastu Anwar leh cakap lah, "kita sebenarnya telah berjaya mengelentong polis, sebenarnya kita plan nak buat perhimpunan ni kat dataran merdeka". Pastu berduyun-duyun laa orang pi ke dataran merdeka. Cuma pada masa tu ada satu kesilapan yg pengajur perhimpunan tu buat. Depa ni berharap sangat nak gunakan microfon dan jugak sound speaker kat dataran merdeka. Apa la bongok sangat. Dah tau perhimpunan bersejarah, pi berharap camtu. Sepatutnya masa tu hangpa bawak la sound-speaker sendiri pasang kat atas van ka, lori ka.... musti punya satu dataran bley dengar ucapan anwar. Takpalah perakara tu pung dah lepas. OKeh berbalik kepada aku terpikat kat anwar, aku nampak perjuangan dia ni yg sungguh hebat. Anwar mahu membersihkan UMNO dari segala macam gejala tidak sihat. Anwar mahu perangi rasuah, mahu perangi mahathir kerana mahathir nak bail out berbilion ringgit utk anak dia. Anwar mahu perangi segala macam kemungkaran dlm UMNO. Alih-alih Anwar di pecat. Lepas di pecat pun anwar masih juga dgn pendiriannya utk perangi rasuah dan kemungkaran. Lepas tu anwar di tahan di penjara. Aku masih dgn pendirian aku bahawa perjuangan anwar betul. Anwar dlm satu ucapannya di rumah beliau pernah mengajak semua orang baik yg berparti atau tidak berparti agar sama-sama berjuang bersama beliau. Maka akulah antara orang itu. Kerana aku yakin perjuangan anwar betul. Sebaik anwar di bebaskan, aku mengharapkan satu sinar baru menyinari bumi malaysia nih. Aku harap anwar akan menerajui gelombang reformasi kedua yang akan membawa malaysia ke arah yg terbaik. Malangnya.... malangnya... malangnya... malangnya.... harapan aku tuh hanyalah satu mimpi ngeri. Anwar yg ku harap akan kembali memerangi rasuah , rupanya tidak begitu. Rasuah merupakan antara KUNCI kepada segala macam penyelewengan di negara nih. mari kita tengok beberapa contoh. Nak bikin tar jalanraya di sesebuah kampung, harganya cuma 100,000 ringgit misalnya. Tapi ada satu kroni haprak ni sudah dapat projek bikin jalanraya kampung dengan harta RM 3 juta! di mana 1 juta adalah utk orang tertentu yg luluskan projek, 1 juta lagi utk UMNO, yg lain sendiri sapu. So duit cukai sebanyak 3 juta dari rakyat yg sepatutnya boleh di gunakan utk membangunkan 100 kampung habis di sapu oleh dua tiga kerat perasuah. bayangkan jika di negara ada 88 juta buah kampung! , udah berapa bilion agaknya rakyat di negara ni kerugian kerana tidak dpt menikmati pembangunan. tu baru cerita rasuah tar jalanraya. Belum lagi cerita rasuah tender-tender projek itu dan ini dalam jabatan-jabatan kerajaan. setahun agaknya ntah berapa biliun duit rakyat di sapu dek perasuah-perasuah nih. Maka tidak hairan jika rakyat negara lain mengelar malaysia sebagai negara sudah fully corrupted. berbalik kepada anwar, Anwar sepatutnya menerajui kembali gelombang reformasi yg dicetus beliau dulu tuh. Bukan nya dgn berucap di luar negara. Konon alasan anwar ketika di bangi adalah, "saya nak kena cari makan sikit". Apa dengan buat ucapan kat luar negara boleh cari makan ka? Lu jgn bikin alasan camtu brader, itu alasan paling bodoh lagi tolol dari seorang pejuang yg mencetuskan gelombang reformasi. Apa duit penting sangat ka brader? Lu kena hingat sikit, lu icon reformasi. Lu tadak dlm negara, maka cam anak ayam ilang ibu ler jadik nyer pejuang-pejuang reformasi. Anwar ibrahim sepatutnya memarakkan lagi perjuangan reformasi. jika dulu takdak perasuah mega pun di tangkap di zaman mahathir, kini di zaman Pak Lah ni ramai giloz perasuah mega, tapi sapa yg kena tangkap? mana ader... eric chia ? caittt... podahh... So kemana sebenarnya Anwar Ibrahim? Keluar negara dlm dua tiga tahun utk cari makan?, pastu bila dah kayooooo sikit nanti, maka beliau akan kembali lagi menerajui reformasi. Tanpa kekayaan yg di kaut dari luar negara, Anwar tidak mampu menerajui reformasi.... podahhh... setakat nak kayooo, sekali petik jari jerr, 1 biliun mai dari UAE, dubai,.... etc sekian...

Thu Apr 7, 2005 1:24 am MST by Jiwa Belum Merdeka

Add Comment




On This Site

  • About this site
  • Main Page
  • Most Recent Comments
  • Complete Article List
  • Sponsors

Search This Site


Syndicate this blog site

Powered by BlogEasy


Free Blog Hosting