Datuk Norza -  hanya seorang ahli politik yang menyokong 150% Khairy Jamaluddin.

Datuk Norza - hanya seorang ahli politik yang menyokong 150% Khairy Jamaluddin.

Apa kata kita cuba berdiskusi mengenai artikel berikut


Anak muda ortodoks Khairy Jamaluddin dikatakan adalah bintang besar yang akan menyerlah dalam arena politik negara ini. Dengan keseringan namanya di media - media perdana anak muda ini se olah - olah telah mendapat tempat yang istimewa dalam media internet khususnya www.agendadaily.com.

Bukan terdapat isu - isu istimewa yang di bawa oleh beliau tetapi paparan yang sering dalam media itu cukup untuk kita yang rajin mengunjungi laman web tertanya - kenapa terdapat keistimewaan untuk beliau dalam laman tersebut?

Bermula dengan temu bual beliau dengan media tersebut - menjangkau pujian yang teramat sangat kepada Khairy Jamaluddin sehinggalah kepada gambar pembersihan longkang, Datuk Norza - selaku Pemuda Wilayah Persekutuan kini membuat langkah besar dalam kerjaya politik. Langkah yang dimaksudkan adalah untuk menonjol sebagai seorang pemuda yang 150% menyokong Khairy Jamaluddin. Menonjol dengan imej - ortodoks Khairy, sama ada sengaja atau tidak.

Langkah politik ini nampaknya amat berkesan. Penonjolan sebagai orang yang akan membela Khairy Jamalauddin pasti akan membawa loncatan dalam kerjaya politik beliau, kerana itu adalah cara dalam UMNO. Itu adalah budaya dan itu adalah norma yang sentiasa membawa kejayaan.

Namun sebenarnya mungkin bukan kehendak Dato Norza. Mungkin ini adalah kelemahan orang - orang kanan beliau khususnya mereka yang merencana perjalanan politik Dato Norza atau kemungkinan www.agendadaily.com menaruh harapan agar keseringan membawa nama Dato Norza akan membawa padah dan diharapkan www.umno-reform.com mengkritik beliau. Kalau itu harapan mungkin media itu berjaya. Namun sekiranya itu bukan harapan maka media itu tersilap langkah - sokongan yang di beri rebah pula akhirnya. Terma seperti "over killing" dalam media harus di teliti kerana publisiti berlebihan akan hanya menyukarkan politik beliau.

Apa pun inilah senario semasa. Bila di tanya pada sesetengah pemuda UMNO - ada yang menyebut Dato Norza mengambil pendekatan yang salah dalam menunjukkan imej ortodoks Khairy Jamaluddin. Ini akan menyekat beliau - ini akan menjadikan beliau terikat pada satu kem yang mungkin naik atau mungkin tersungkur dalam perjalanan politik. Apa pun itu adalah perencanaan beliau. Pengiraan Khairy akan pergi jauh - dan diharapkan beliau dapat menuruti mungkin adalah strategi beliau. Sungguhpun begitu usaha - usaha lain perlu juga ada selaku Pemuda Wilayah Persekutuan. Perlu juga ada usaha untuk Pemuda UMNO Wilayah memainkan peranan penting dalam pembangunan baik sosial, ekonomi mahupun politik. Pemuda Wilayah Persekutuan seharusnya melibatkan diri secara khusus mengenai isu - isu semasa dalam Wilayah Persekutuan.

Pemuda UMNO perlu mengambil inisiatif untuk memastikan Melayu tidak ketinggalan dalam menuntut erti kemodenan dalam Wilayah Persekutuan serta memainkan peranan yang lebih jitu mengenai persoalan pengimbangan antara pembangunan fizikal, mental dan kerohanian.

Membaca setiap berita yang terpapar mengenai beliau hanya menunjukkan tidak ada satu pendekatan yang positif kehadiran beliau dalam sebagai memegang tampuk kepimpinan Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.

Apa pun beliau lebih selesa di temu duga sedemikian rupa - tanpa terdapat cabaran kepada minda dan persoalan keupayaan beliau menerajui kepimpinan Pemuda. Kami cuba untuk mendapatkan temu duga dengan beliau namun usaha ini gagal mendapat perhatian dari beliau. Apa pun sebagai satu media independen yang agak lantang bersuara - kami akan terus membicarakan mengenai isu yang kami rasakan penting.

Dalam hal ini - itulah gambaran yang dipaparkan kepada kami oleh beliau - tidak lari dari hanya seorang ahli politik yang menyokong 150% Khairy Jamaluddin.
[b]

Return to Main Page

Comments

Comment Assalamualaikum. Banyak perkara yang kita boleh buat tanggapan. Cuma jangan buat suatu keputusan yang silap di dalam masa yang singkat terhadap suatu kehidupan yang lama.

Wed Sep 6, 2006 8:03 pm MST by Ayah Su Mad

Comment kepada dato' norza...saya ingin membertiahu bahawasanya saya amat mengenali perempuan simpanan dato yang bernama Shirley Wong (seorang peramugari Mas) yang dato telah menghadiahkan sebuah kereta Mini cooper S bernombor WHN66 kepadanya..jangan berlagak baik la..

Mon Jul 24, 2006 1:59 am MST by Anonymous

Comment Mengenai komen Dato'Norza terhadap Khairi Jamaludin secara jelas menunjukkan beliau (DN) benar2 merupakan seorang ahli politik yang matang berdasarkan suasana dan keadaan semasa yang lebih memihak kepada Khairi Jamaludin sebagai menantu Pak Lah. Ironisnya komen beliau juga adalah merupakan komen "political survival" yang pada pendapat beliau itulah sahaja 'dahan tempat bergantung' buat ketika ini dan persoalan samada waraskah bagi seorang yang agak senior dalam Pemuda UMNO Malaysia mahu duduk dibawah seorang yang terlalu 'fresh' atau setahun jagung seperti Khairi Jamaludin???? Sesiapa pun mempunyai ego tersendiri apatah lagi jiwa seorang pemimpin (kononnya) seperti DN. Ketika 'peperangan pemuda' belum meletus, beliau awal2 lagi membuat komen yang Khairi mempunyai masa depan yang gemilang sebagai 'future leader and role model' dalam UMNO.Tapi bagaimana sekiranya Mohd Khir Toyo mengisytiharkan bertanding menetang Khairi dalam pemilihan pemuda 3 tahun lagi????? Adakah DN berani untuk secara terang2 memberi komen sebegitu??? Secara peribadi, isu penyemburan aedes bukanlah isu hangat atau untuk melihat peribadi, kepimpinan mahupun perjuangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO WP namun ianya sekadar merupakan satu daripada publisiti murahan beliau untuk media massa demi 'political survival' dan 'survival for his own future for a better life' beliau dalam UMNO dan dalam kehidupan beliau akan datang........ Wallahu a'lam........

Sat May 21, 2005 6:28 pm MST by hairi8975

Comment Dalam politik semua orang mencari payung untuk berteduh, baca sejarah politik tanah air sejak dari zaman Tunku sehinggalah ke zaman Tuan Aku, semua pemimpin masuk ke dunia politik melalui terowong masing-masing. terowong yang dibina oleh seseorang tokoh awal. Ini memang trend jika mahu bergelumang dengan politik. Penyakit kita orang Melayu ni ialah terlalu mempersoalkan tentang seseorang dan bukan mempersoalkan hala tuju politik itu sendiri. Biar lantak lah siapa pun yang sanggup hulur kepala dalam politik yang penting dia memacu lebuh raya nasib bangsa kita ke satu destinasi yang selamat. Biarlah siapa pun naik, siapa ampu siapa, kerana ketika ini adalah peluang dia, sebelum ini peluang orang lain. Semua pun kalau dapat peluang akan lebih kurang memakai watak yang sama. Pemikiran penganalisa kita memang gagap. isu yang diutarakan terlalu rendah kualiti untuk saya turut campur menggodak minda saya.

Mon Apr 25, 2005 5:15 am MST by Dr Azizan Ahmad

Comment kalau UMNO itu UMNO jugak, bodek, ampu dan segalanya menjadi tabiat semasa. Rakyat haram sikit tak nak di bela. Tunjukkan pembelaan, murahkan kos kehidupan dan hentikan diskusi untuk naik harga naik harga dan terus naik harga. Untuk Dato Norza - ciumlah Khairy tu.....

Sun Feb 6, 2005 6:48 am MST by zul

Comment kalau UMNO itu UMNO jugak, bodek, ampu dan segalanya menjadi tabiat semasa. Rakyat haram sikit tak nak di bela. Tunjukkan pembelaan, murahkan kos kehidupan dan hentikan diskusi untuk naik harga naik harga dan terus naik harga. Untuk Dato Norza - ciumlah Khairy tu.....

Sun Feb 6, 2005 6:47 am MST by zul

Comment Saya rasa memang ada kebenaran apa yang di katakan oleh laman ini. Sokong boleh tetapi jangan nampak terlampau sangat sehingga orang meluat. Norza dalam Umno sudah terkenal sebagai penyokong Khairy - malah kalau saya 200% saya berikan. Namun dari sudut apa yang mahu dikatakan oleh penulis laman ini mengenai Dato Norza adalah - jangan sampai agendadaily over kill sangat - mati politik orang itu. Ini zaman siber bukan zaman Ibrahim Gondang lagi - sokong melutut maka naik - kita zaman baru dan pemuda zaman baru - lebih - lebih tumbang. Mengenai Khairy Jamaluddin - saya confirmkan - banyak juga beliau create musuh sekarng ini khusus dalam pemuda. Jangan nafikan kalau tidak berada dalam kancah pemuda umno. Yang tahu - pasti tahu. Apa pun Dato Norza - ada juga kepimpinan lain yang di anggap tokoh dunia. Review balik apa yang sdra cakap mengenai Khairy dalam interview sdr. kalau yang lain does not want to said the truth to u - let me say it here - nampak 200% usaha cari tempat melalui Khairy.

Wed Feb 2, 2005 8:09 pm MST by Azmi

Comment Saya hairan apabila ada usaha baik yang dibuat, ada sahaja pandangan negatif mengekorinya. Bagi saya, apa salahnya Dato' Mohamad Norza Zakaria mengetuai usaha murni menyebur asap melawan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan maut kepada setiap orang, tanpa mengira ia dari Umno atau Pas? Kita bertuah kerana ada insan seperti Dato' Mohamad Norza yang sanggup mengenepikan protokol dan rasa segan mendekati longkang dan parit bagi melawan aedes. Jika kita tidak boleh menyokong dan bersama-samanya, kenapa harus kita menyindirnya dengan kata-kata yang tidak wajar? Apa salahnya beliau bertindak proaktif kerana serangan aedes sebenarnya berlaku di Kuala Lumpur tetapi di seluruh tempat. Sepatutnya kita juga memulakan usaha murni ini ditempat kita. Mengenai sokongan terhadap Khairy Jamaluddin, saya rasa ia bukan suatu kesalahan. Tetapi jika beliau menentang dan memusuhi Khairy, ia seperti ada yang tidak kena kepada perjuangan Pemuda Umno. Janganlah kita cemburu dengan peningkatan Dato' Mohamad Norza dalam politik kerana beliau adalah orang lama bertapak dalam politik Pemuda Umno. Beliau tentunya tahu dan sedar apa yang beliau lakukan dan perjuangannya kelihatan telus dan jujur. Teruskan Dato' Mohamad Norza. Dato' dicemburui kerana orang lain tidak mempunyai tempat, kemampuan dan idea seperti Dato'. Salam perjuangan

Wed Feb 2, 2005 8:00 pm MST by ibrahim gondang

Add Comment




On This Site

  • About this site
  • Main Page
  • Most Recent Comments
  • Complete Article List
  • Sponsors

Search This Site


Syndicate this blog site

Powered by BlogEasy


Free Blog Hosting